Dari Abdullah bin Amru R.A., katanya Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Ada empat perkara jika sesiapa yang mempunyai empat perkara tersebut, maka dia merupakan orang munafik. Sesiapa yang bersifat dengan salah satu daripadanya bererti dia bersifat kemunafikan, sehinggalah dia meninggalkannya iaitu apabila bercakap dia berbohong, apabila membuat persetujuan dia mengkhianati, apabila berjanji dia menyalahi dan apabila berlaku pertikaian dia melampaui batas” – Hadis Sahih Riwayat Muslim
Dalam Hadis lain pula, Nabi S.A.W. bersabda;
“Tanda-tanda orang munafik ada tiga perkara, iaitu apabila bercakap dia berbohong, apabila berjanji dia memungkiri dan apabila diberi amanah dia mengkhianatinya” – Hadis Sahih Riwayat Muslim
.
dikatakan sebagai pengikut dajjal atau dajjal-dajjal kecil. Biasa juga kita dengar kata orang dulu-dulu, bila ada orang buat jahat dilabel sebagai dajjal, ataupun bila ada yang nak buat khianat/jahat terus dikatakan, “Nak pedajal orang la tu!”
Kenapa munafik dikatakan pengikut dajjal? Mari kita lihat apa erti perkataan ‘DAJJAL’. Dajjal adalah berasal dari perkataan bahasa arab yang bererti ‘Pembohong/penipu’. (دجّل – يدجّل- دجّال) Dajjala-yudajjilu-dajjal, bagi yang belajar bahasa arab, tanda syaddah atau sabdu bermakna perbuatan itu berulang-ulang atau sentiasa; menunjukkan bahawa kuatnya atau beratnya erti kalimah yang dimasukkan syaddah atau sabdu itu. Jadi erti dajjal itu ialah sentiasa pembohong.
Artinya, Dajjal itu sifat asasnya atau dia adalah pembohong atau penipu. Bohong atau tipu itu bukanlah sekadar pada percakapan tetapi pada perbuatannya juga adalah kebohongan. Kata lain buat lain, depan lain belakang lain; inilah ciri-ciri dajjal selain yang disebutkan dalam Hadis oleh Nabi S.A.W. mengenai munafik ini. Dalam hati lain tapi di mulut lain.
.
.
Jd ga ush jauh2 cari dajjal ternyata krn dajjal2 kecilnya aja banyak disekitar kita kok bahkan org2 terdekat. Kebayang rajanya yg mata satu itu gmn. Gak ush jauh2 bayangin rajanya. Ngatasin yg kronco2nya sekitar kita aja butuh kesabaran & iman kuat bgt. Subhanallah…
#sabar #tyastar
Leave a Reply